Cantik Macam Kylie Jenner, Ramai Nak Jadi Menantu Mustapha Kamal Lepas Tengok TikTok Anak

Entertainment
6 Jan 2022 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Mustapha Kamal yang juga sering dipanggil sebagai ‘Papa’ kerana kerap melakonkan watak bapa yang berpangkat Datuk dalam drama-drama Melayu ini boleh dikatakan agak ‘famous’ di aplikasi TikTok.

Tapi tahukah korang, kini anaknya, Salsabil Qur’ani pula telah mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik video di aplikasi tersebut bersama bapanya.

Ramai di kalangan netizen menyamakan wajah Salsabil, 18, seakan-akan selebriti Hollywood, Kylie Jenner tau!

@salsabil.qurani

Faham faham je la.. @mustaphakamaal

♬ original sound – Dobby supremacy image is not available

Selain Kylie Jenner, ada juga yang mengatakan Salsabil yang merupakan anak ketiga Mustapha dan isterinya, Susan Manen itu kelihatan macam Zendaya pulak. Amboi macam-macam korang ye.

@salsabil.qurani

good food good people

♬ Better – Khalid

 

“Finally dah tahu siapa pewaris Megah Holdings”

Video yang dimuat naik Salsabil telah mendapat pelbagai komen usikan daripada netizen yang kebanyakannya terpesona dengan kecantikan dimiliki gadis ini.

Malah ada juga bergurau mahu ‘membantu papa’ menguruskan Megah Holding sebaik sahaja tahu bahawa Salsabil merupakan anak pelakon tersebut.

image is not available

Lawanya anak Mustapha Kamal! Ramailah nampaknya yang beratur nak jadi menantu papa ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article