Masyarakat Cina di Sabah digesa terus sokong Kerajaan Negeri

LocalPolitics
28 Jan 2022 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Masyarakat Cina di negeri ini harus terus kekal bersama kerajaan demi memajukan negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, ini termasuk dalam menjayakan agenda pelan pembangunan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan kerajaan negeri pada Mac tahun lalu.

“Saya juga mengharapkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini akan terus utuh. Semoga ia tidak diganggu-gugat oleh anasir yang boleh membawa kepada perpecahan,” katanya sempena majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Dewan Perniagaan Cina Ranau dan perasmian Tahun Baharu Cina 2022 di Dewan Persatuan Hakka, di sini pada Khamis.