“Tak Nak Bagi Risiko Pada Tetamu” – Ibu Positif COVID-19, Bakal Pengantin Akur Batal Majlis

25 Jan 2022 • 3:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular, sepasang bakal pengantin yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan akur dengan dugaan yang berlaku apabila majlis pernikahan mereka terpaksa dibatalkan.

Bakal pengantin perempuan yang dikenali sebagai Nur Farahanim Awaluddin berkata hal itu susulan daripada ibunya yang telah disahkan positif Covid-19.

Menurut Farah, persiapan majlisnya yang diadakan di Felda Sungai Tengi Selatan sudah dilakukan 100 peratus dengan khemah dan pelamin sudah dipasang minggu lalu.

image is not available

Saya dan pasangan dijadualkan untuk bernikah pada hari Sabtu dan majlis besarnya pada hari Ahad.

Bagaimanapun, selepas ibunya, Rosmah Mohd. Hassan yang tiba-tiba demam pada hari Jumaat membuatkan bapanya, Awaluddin Mahful membawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Bapa saya buat keputusan untuk batalkan majlis agar tidak memberikan risiko kepada tetamu yang diundang.

Menurut laporan Kosmo, hasil ujian saringan sebanyak dua kali mendapati ibunya positif Covid-19.

Berita pembatalan majlis perkahwinan Nur Farahanim tular selepas dikongsi melalui aplikasi TikTok

image is not available 20 jam lalu

Kekurangan Bukan Penghalang, Tular Usahawan OKU Berniaga Di TikTok