Durioo+ Akan Ditawarkan Bermula Februari 2022 – Perkhidmatan Penstriman Rancangan Dan Kartun Islamik

TechnologyDigital
13 Jan 2022 • 10:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Durioo merupakan syarikat baharu yang ditubuhkan oleh bekas pengasas siri animasi popular Didi & Friends. Selepas memulakan operasi sebagai syarikat berasingan dibawah nama Durioo, ia kini menyasarkan untuk menjadi “Disney dan Netflix” untuk kanak-kanak muslim.

Dengan ke arah tersebut, Durioo akan memfokuskan kepada penghasilan dan penerbitan kandungan Islamik mesra kanak-kanak. Disamping penghasilan kandungan dan permainan, Durioo juga akan menawarkan perkhidmatan penstriman sendiri dinamakan Durioo+.

image is not available

Menurut pengasasnya, Durioo+ akan beroperasi bermula Februari 2022 ini. Beberapa rancangan telah pun disenaraikan pada laman Durioo+ – yang dilihat akan ditawarkan secara eksklusif pada platform tersebut sahaja.

image is not available

Buat masa ini, harga langganan dan info lanjut berkenaan dengannya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat ini.