Sindiket sijil digital vaksinasi: Pembantu pejabat direman 7 hari

12 Jan 2022 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA KINABALU - Seorang pembantu pejabat direman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jessica Ombou Kakayun di sini pada Rabu, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari Selasa di pejabat SPRM di sini ketika hadir untuk memberi keterangan.

Suspek juga dipercayai memberi rasuah kepada sukarelawan di satu pusat pemberian vaksin sebagai balasan mendaftarkan nama individu yang tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi mendapatkan sijil digital berkenaan. - Bernama