
Sebelum ini, nama ‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin hangat diperkatakan apabila dia tampil dengan aksi aneh untuk pelbagai upacara.
Beberapa tahun lalu, dia dilaporkan telah bertaubat nasuha dan mengaku berbohong kepada masyarakat.
Terbaru, dia sekali lagi menjadi perhatian apabila melakukan upacara menghalau banjir di Teluk Intan, Perak.
Menerusi rakaman yang dikongsikan Perak Press, Raja Bomoh bersama seorang wanita dilihat duduk di tepi pantai sambil membaca ayat-ayat dan jampi serapah.
Dalam video itu, kedengaran Raja Bomoh berkata ritual dibuat meminta semua tempat di Malaysia surut air.
Perkara tersebut ternyata telah mengundang rasa marah orang ramai. Mereka bimbang upacara seperti ini akan membawa lebih banyak kemudaratan.
Mereka berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan lanjut dengan segera.



Kredit: MalaysiaGazette | Perak Press
The post Raja Bomoh Buat Hal Lagi, Kali Ini Upacara Halau Banjir? appeared first on Oh! Media.

![[VIDEO] Raja Bomoh Muncul Buat ‘Ritual’ Lagi, Kali Ini Bergabung Dengan ‘Puteri’ Nak Halau Banjir](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)