[VIDEO] Raja Bomoh Muncul Buat ‘Ritual’ Lagi, Kali Ini Bergabung Dengan ‘Puteri’ Nak Halau Banjir

Entertainment
5 Jan 2022 • 8:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah menjadi tumpuan netizen sebelum ini, kali ini Raja Bomoh muncul kembali dengan gabungan seorang wanita yang dikhabarkan meruju dirinya sebagai Puteri Zaleha Serai Semambu untuk buat satu lagi ritual tolak bala di Teluk Intan.

Video itu mula viral di media sosial sekarang dan menjadi perhatian netizen. Dikatakan, ‘upacara’ itu dibuat agar dapat ‘menghalau’ banjir dikawasan tersebut dan seluruh negara.

 

Ritual halau banjir?

Video berdurasi 25 minit di Facebook itu telah meraih lebih daripada 1.8K jumlah perkongsian sepanjang 4 jam ia dimuatnaik dan lebih daripada 200K jumlah tontonan.

Menurut perkongsian, perakam menyatakan bahawa kononnya Raja Bomoh itu mendapat mimpi mengatakan kawasan Teluk Intan bakal tenggelam, oleh itu dia membuat ritual tersebut bersama wanita yang dikatakan namanya Puteri Zaleha Serai Semambu di sebuah kawasan teluk.

Bukan dah bertaubat ke dia nie, Jabatan Agama lslam serta pihak berwajib! tolong pantau balik puak-puak ni, dah merepek ni,ingatkan puteri gunung ledang tadi ..

Posted by NikAziz NikMohd Al-Guari on Tuesday, January 4, 2022

Melihat video yang asalnya dikongsikan oleh pengguna Facebook Nik Aziz Nik Mohd Al-Guari ini, ramai netizen yang merasakan ia perkara yang keterlaluan dan ada yang rasanya ianya perkara lucu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Disamping itu, ramai netizen yang meminta agar pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan kepada mereka ini. Apapun, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar tiada banjir yang melampau.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.