“Awak 'perform' lebih daripada jangkaan”- Bella Astillah kongsi kesungguhan Aliff Aziz sepanjang 10 minggu Gegar Vaganza 8

Entertainment
24 Jan 2022 • 3:31 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEMENANGAN Aliff Aziz, 31, dalam pertandingan realiti Gegar Vaganza musim ke-8 menjadi bualan ramai. Masakan tidak, persembahan mantap dan kekuatan vokal Aliff Aziz hampir setiap minggu memukau para juri dan peminat.

Dalam menerima berita gembira itu, isteri Aliff, Bella Astillah, 27, tidak ketinggalan mengucapkan tahniah.

Baca juga: Bergelar juara GV8, RM100,000 milik Aliff Aziz

Sebagai insan yang sering berada di sisi, Bella menyifatkan Aliff memberikan lebih daripada jangkaan. Malah kejayaan Aliff membuatkan dia bangga.

“Syukur Alhamdulillah, Allahuakhbar. Tahniah @iamaliffaziz.

“Semasa awak mennyanyi semalam saya di belakang pentas (backstage).

“Sebab awak lain, awak perform lebih dari expectation saya. Masha-ALLAH, I am a proud wife!” titip Bella.

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram, Bella turut berkongsi kesungguhan Aliff dalam memberikan komitmen kepada pertandingan itu.

Sepanjang 10 minggu Gegar Vaganza musim ke-8, Bella berkongsi pelbagai suka duka ditempuhi mereka dalam mempersiapkan diri Aliff untuk konsert mingguan.

Hasil penat lelah berminggu-minggu akhirnya berbaloi dengan kemenangan Aliff merangkul kemenangan sebagai juara yang disifatkan Bella sebagai rezeki anak-anak.

“10 weeks kita kerah tenaga dan kepala, kadang-kadang sampai gaduh-gaduh kucing!

“Saya sangat bangga dengan keberanian dan ketenangan awak. Berbaloi dengan penat lelah awak.

"Ayden pun hafal semua lagu awak dalam @gegarvaganzaofficial. Saya kadang-kadang sampai rasa pening dengar awak hafal lagu.

“Tengah drive, tengah makan, time nak tidur dan semua tempat. Nasib orang tak ingat awak gila.

"Dan inilah namanya rezeki dari-Nya. Rezeki anak-anak,” kata Bella.

image is not available

Dalam pada itu, Bella yang sentiasa berada di sisi Aliff sepanjang berlangsungnya pertandingan itu mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat.

Aliff dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke-8 selepas persembahan terakhir di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya sekali gus mengetepikan saingan seperti Nikki Palikat, Aweera, Adibah Nor, Suki Low dan Azan Scan.

Kemenangan itu membolehkan Aliff, , membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan piala.

image is not available

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh iddah.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!