Dah 2 Tahun Ditutup Untuk Diselenggara, Apa Nasib Masjid Kristal Di Terengganu?

19 Jan 2022 • 3:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali @aazmeeriskndr yang menunjukkan foto ketika matahari terbenam di Masjid Kristal, Terengganu telah menarik perhatian pengguna media sosial.

Foto yang memaparkan keindahan alam ciptaan Tuhan itu turut dihiasi pemandangan sekitar sebuah masjid yang dulunya terkenal kerana reka bentuknya yang unik dan cantik.

Namun, tidak ramai yang mengetahui sebenarnya Masjid Kristal di Terengganu itu sudah dua tahun ditutup dengan alasan kerja-kerja penyelenggaraan.

Pernah menjadi tempat tumpuan pelancong pada suatu ketika dahulu, masjid tersebut telah mengalami kerosakan struktur seperti atap yang tertanggal dan berkarat akibat tidak dijaga dengan baik.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ada pengguna Twitter memaklumkan bahawa orang awam boleh tidak dibenarkan masuk ke dalam Masjid Kristal namun dibenarkan untuk menunaikan solat di surau kecil yang berada di luar pusat ibadat tersebut.

Dalam pada itu, ramai netizen berharap agar pihak pengurusan dapat memberi ‘nafas baru’ kepada masjid tersebut dan dibuka kepada orang ramai kerana struktur bangunan yang unik itu diibaratkan ‘pembaziran’ jika dibiarkan begitu sahaja.

image is not available 2 hari lalu

"Tak Berbaloi Untuk Pergi.." Dulu 'Hype', Bandar Agacia Di Perak Kini Terbengkalai

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved