1000 Kali Sayang, Masjid Kristal Terengganu Terabai Selama 2 Tahun

19 Jan 2022 • 11:04 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Datang ke Terengganu, banyak tempat menarik yang best untuk dilawati seperti Terengganu Drawbridge, tasik kenyir dan pulau-pulau yang cukup indah. Masjid Kristal juga merupakan antara salah satu tarikan pelancong di Terengganu namun baru-baru ini kecoh di media sosial tentang tempat tersebut.

Perbualan tentang masjid ini bermula apabila seorang pengguna twitter yang mengupload gambar masjid tersebut dari view atas serta meletakkan kapsyen "The Abandoned Mosque". Dikatakan terdapat atap masjid yang telah runtuh seumpama kawasan tersebut langsung dibiarkan. Masjid itu juga tidak lagi membenarkan pelancong untuk datang solat atau bergambar di dalam sebaliknya pelancong hanya boleh bergambar dan melihatnya dari luar.

Rata-rata netizen di laman Twitter meluahkan rasa kecewa dan sedih akibat apa yang telah berlaku pada masjid tersebut. Namun, terdapat juga netizen yang menjelaskan bahawa sebenarnya ia masih dalam penyelenggaraan. Persoalannya di sini, mengapa ia terlalu lama sehingga hampir 2 tahun ? Harap masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat agar tempat ini dapat sambutan seperti sebelum-sebelum ini.

Sumber:Vocket

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved