Clubhouse Mula Menguji Menyertai Sesi Perbualan Menerusi Pelayar Web

TechnologyDigital
7 Jan 2022 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Clubhouse ialah aplikasi yang cukup tular di era pandemik 2020. Orang ramai yang merindui berbual dengan manusia secara bersuamuka ketika sekatan pergerakan menggunakan Clubhouse untuk berbincang pelbagai topik seperti normal. Ia sangat popular sehingga Facebook dan Twitter melancarkan ciri yang serupa pada platform masing-masing. Kekurangan Clubhouse ialah pengguna hanya boleh menyertai sesi perbualan menggunakan aplikasi.

Kini ciri menyertai sesi perbualan menggunakan pelayar web mula diuji dan diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Selain menyertai sesi yang sedang berlangsung, pengguna turut boleh mendengar semula rakaman sesi yang disimpan. Kesemua ini dapat dinikmati tanpa pengguna mendaftar masuk terlebih dahulu.

Ciri perkongsian pautan ke bilik yang menarik juga dipertingkat oleh Clubhouse supaya pengguna boleh berkongsi sesi menarik dengan lebih mudah di dalam Clubhouse dan juga ke platform media sosial yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved