Aliran Trafik Masih Perlahan Ke Timur, Utara

30 Jan 2022 • 1:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
LLM melaporkan kesesakan sepanjang 2.4 kilometer ke arah timur sebelum Terowong Genting Sempah. - Gambar dari Twitter LLM

PETALING JAYA - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih sesak susulan orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung masing-masing sempena Tahun Baharu Cina.

Dalam kemaskini terbaharu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Twitter, kesesakan dilaporkan sepanjang 2.4 kilometer ke arah timur sebelum Terowong Genting Sempah.

LLM memaklumkan, kenderaan mula bergerak perlahan di Persimpangan Karak menuju ke Plaza Tol Karak menghala ke Pantai Timur.

Manakala, sejak 10 pagi tadi, keadaan trafik ke arah utara di Slim River ke Sungkai masih perlahan sepanjang lima kilometer.

“Trafik juga bergerak perlahan sepanjang 2.4 kilometer dari Bidor menuju ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dengan kesesakan sepanjang 9.3 kilometer selepas Tapah menuju RnR Gua Tempung disebabkan kawasan mendaki (berbukit),” katanya.

Pada masa sama, LLM melaporkan trafik di laluan kedua-dua arah antara Malaysia dan Singapura masih terkawal setakat jam 11 pagi tadi.

“Trafik juga masih lancar di kedua-dua arah di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, setakat ini,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved