Bomba Selamatkan 3 Pendaki Sesat Di Bukit Bongol

16 Jan 2022 • 9:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pasukan bomba telah menyelamatkan 3 pendaki yang sesat ketika mendaki di Bukit Bongol, Kota Belud, petang tadi.

KOTA BELUD - Tiga pendaki yang sesat ketika mendaki di Bukit Bongol berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), petang tadi.

Dua wanita dan seorang lelaki berkenaan dikatakan tersesat ketika dalam perjalanan pulang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi, dan menugaskan sepasukan sembilan anggota serta pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

"Pasukan kita berjalan kaki mendaki bukit sejauh 500 meter untuk tiba di lokasi dan sebaik tiba, semua mangsa didapati dalam keadaan selamat.

"Pasukan kita kemudiannya mengiringi mangsa turun bukit," katanya.

Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 2.25 petang selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi. - Getaran, 16 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved