Lelaki Gelandangan Buat Doktor Terkejut Dengan Kesihatannya, Masih Baik Walaupun Dah 67 Tahun Tak Mandi

Entertainment
29 Jan 2022 • 2:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri, kita digalakkan untuk mandi sekurang-kurangnya sekali sehari, bergantung pada aktiviti kita pada hari itu. Kalau kerja kita banyak libatkan aktiviti di luar rumah dan berpeluh, lagi elok mandi dua kali.

Walau bagaimanapun, kesihatan seorang lelaki gelandangan yang dilaporkan tak mandi selama 67 tahun ini yang masih berada dalam keadaan baik telah menarik perhatian sekumpulan doktor, lapor Oddity Central.

Amou Haji, 87-year-old Iranian who hasn't bathed in 67 years & eats roadkill, researchers say he is perfectly healthy

Posted by My News Live on Thursday, January 20, 2022

Dikenali sebagai Amou Haji, lelaki itu dikatakan tidak mempunyai rumah dan telah menjadi gelandangan di Iran sejak beberapa puluh tahun lalu dan tidak pernah mandi sejak itu.

Pada 2014, dia telah digelar sebagai ‘lelaki paling kotor di dunia’ kerana tidak mandi selama 60 tahun pada ketika itu.

Jadi, sekumpulan doktor pun menjalankan beberapa jenis ujian kepadanya yang kini berusia 87 tahun itu dan apa yang mengejutkan ialah dia didapati sangat sihat untuk seseorang yang telah tinggal di tepi jalan sejak beberapa dekad yang lalu.

Antara ujian yang dibuat ke atas Amou Haji ialah ujian hepatitis, ujian parasit dan ujian AIDS, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif.

Difahamkan, kumpulan penyelidik yang diketuai oleh seorang profesor dalam bidang parasitologi iaitu Dr Gholamreza Molavi tidak menemui sebarang bakteria atau parasit bahaya dalam tubuh lelaki itu walaupun dia terdedah pada sumber air yang kotor.

Iver poleh ungelaleh mudiyumaa?Amou Haji, an 80-year-old Iranian,Smokes Animal Poop, is being called the world's…

Posted by Raaga (Malaysia) on Saturday, January 18, 2014

Katanya, gelandangan itu hanya mempunyai jangkitan Trichinosis iaitu sejenis jangkitan yang terjadi apabila seseorang itu makan daging mentah haiwan yang dijangkiti parasit, namun dia tidak menunjukkan sebarang gejala.

Doktor berpendapat kesihatan lelaki ini masih berada dalam keadaan baik walaupun tinggal di tempat yang kotor kerana badannya mungkin telah imun dengan kekotoran tersebut sebab dah lama hidup macam tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.