De Minaur mara pusingan keempat Terbuka Australia

23 Jan 2022 • 8:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PEMAIN Australia, Alex de Minaur menewaskan bintang Sepanyol, Pablo Andujar 6-4, 6-4, 6-2 di Arena Rod Laver untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Australia buat kali pertama dalam kariernya.

Kemenangan De Minaur menghidupkan hari suram di Melbourne Park selepas pemain Australia, Christopher O'Connell dan Maddison Inglis tersingkir.

Dengan kehadiran pemain hebat Australia, Rod Laver dan Lleyton Hewitt, De Minaur yang berusia 22 tahun tampil aksi bertenaga bagi menyaingi lawannya dengan corak bertahan yang konsisten.

Andujar berjaya meraih mata dalam dua set pertama, namun De Minaur yang merupakan pilihan ke-32 tidak melakukan kesilapan ketika melakukan servis dalam perlawanan itu

Kemenangan De Minaur membolehkannya mara ke pusingan 16 terbaik menentang pilihan ke-11 Jannik Sinner, yang menewaskan pemain berstatus kelayakan Jepun, Taro Daniel.