“Dah 2022 pun macam ni” – Pelajar Di Sabah Redah Jambatan Usang Untuk Ke Sekolah

Entertainment
11 Jan 2022 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini mungkin kita pernah dengar atau lihat tentang kepayahan pelajar sekolah dari kawasan pendalaman dalam perjalanan mereka menuntut ilmu.

Ketika anak-anak kecil di kawasan bandar mempunyai pelbagai alternatif untuk ke sekolah seperti menaiki bas dan van, ceritanya berbeza di kawasan pendalaman. Ada antara mereka yang perlu meredah hutan, ada juga yang perlu menaiki bot untuk sampai ke sekolah.

Baru-baru ini, tular satu ciapan dari akaun Twitter Bernama melihatkan beberapa orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar terpaksa menyeberangi sebuah jambatan usang, bertempat di Kampung Nelayan, Sandakan Sabah Tengah.

Menurut ciapan tersebut, jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi sungai itu hanya dikukuhkan dengan jejaring besi dan papan kayu. Jambatan usang itu dikatakan masih tidak dibaiki dari hari pertama persekolahan.

Ia juga dilihat berisiko sekiranya ada antara papan kayu sebagai dasar itu rosak atau patah, juga berpotensi untuk mengakibatkan kanak-kanak yang menyeberangi jambatan itu terjatuh.

image is not available

Melalui gambar pada ciapan ini, usaha para pelajar sekolah itu seharusnya dipuji kerana sanggup meredah jambatan tersebut untuk menimba ilmu.

Walau bagaimanapun, perkara ini juga sepatutnya menjadi satu ‘panggilan’ kepada pihak berwajib untuk menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pelajar sekolah, di mana majoritinya masih berstatus kanak-kanak.

“Ini tahun 1960 ke?” – Netizen

Ciapan ini turut menerima ratusan respon dari netizen, di mana majoriti mereka seakan tidak percaya bahawa perkara seperti ini masih lagi berlaku menjelang tahun baru 2022.

Ada juga yang menganggap bahawa perkara ini tidak seharusnya diromantikkan, sebaliknya jambatan itu perlu diperbaiki atau diganti dengan opsyen yang lebih selamat bagi pelajar-pelajar tersebut.

image is not available

Semoga tindakan segera diambil, kesian tengok diorang kena redah jambatan dalam keadaan usang macam tu…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.