Lupakan eSIM, Qualcomm integrasikan SIM ke dalam cip pemproses

Digital
20 Jan 2022 • 12:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Qualcomm, Thales, dan Vodafone mengumumkan kerjasama dan mereka kini sedang membangunkan telefon yang dilengkapi teknologi iSIM. Konsepnya sama sahaja seperti eSIM tetapi lebih maju.

Ia seperti eSIM mengurangkan penggunaan ruang berbanding SIM fizikal dulu. Bezanya adalah cip tambahan di atas papan utama kini disekalikan ke dalam cip pemproses gajet itu. Antara manfaat iSIM berbanding eSIM adalah seperti menjimatkan ruang komponen di atas papan utama.

image is not available

Apabila terdapat fungsi kad SIM pada cip pemproses, ia membuka peluang kepada gajet-gajet lain yang sebelum ini tidak boleh menyertakan ciri itu disebabkan kekangan ruang, boleh berhubung ke rangkaian mudah alih.

Unit Proof of Concept berasaskan Samsung Galaxy Z Flip3 5G kini sedang diuji dalam pasaran Eropah.

Sumber: Qualcomm

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved