Mayat wanita ditemui dalam perangkap sampah

27 Jan 2022 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Polis menemui mayat seorang wanita dengan tangannya diikat dengan seluar dalam perangkap sampah di kawasan kunci air di Sungai Kandis di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat mangsa ditemui sekitar jam 10.40 pagi itu dipercayai meninggal dunia kira-kira tujuh hari lalu.

Menurutnya, tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh mangsa.

"Identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan mangsa memakai sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kiri, memakai singlet berwarna hitam.

"Ketinggian mangsa lebih kurang 150cm, rambut beruban dan bergigi jarang. Mangsa tidak berseluar dan seluarnya disyaki digunakan untuk mengikat mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Shazrin di talian 0355202022 untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved