Penemuan Mayat Wanita Tidak Berseluar Di Perangkap Sampah Kunci Air

28 Jan 2022 • 8:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berseluar ditemukan polis di perangkap sampah kunci air, Shah Alam kelmarin. Apa kes ni?

Menurut laporan Harian Metro, mayat itu ditemukan selepas pihak polis menerima maklumat daripada penjaga kunci air disitu.

Tangan mangsa dipercayai telahpun diikat dengan seluarnya sendiri oleh pelaku dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Identiti wanita itu masih belum dikenal pasti. Mangsa memakai baju tanpa lengan berwarna hitam dan terdapat sebentuk cincin batu berwarna merah di jari manis kirinya. Ketinggian mangsa lebih kurang 150 sentimeter, rambut beruban dan bergigi jarang.

Katanya lagi, mangsa juga dipercayai telah meninggal dunia 7 hari lepas. Bagaimanapun, tiada seberang kecederaan fizikal luaran didapati pada mangsa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved