RM301 juta diperlukan untuk tebatan banjir di Kota Marudu, Pitas: Jeffrey

7 Jan 2022 • 12:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jabatan Pengairan dan Saliran menganggarkan bahawa ia akan memerlukan kos sejumlah RM301 juta untuk menangani atau mengurangkan kesan banjir di daerah Kota Marudu dan Pitas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan berkata dana itu akan digunakan untuk menambah baik kerja-kerja kejuruteraan di empat sungai utama di daerah itu iaitu Sg Bandau, Sg Bongon, Sg Tandek dan Sg Rasak.

“Kerja-kerja itu termasuk membina benteng di sepanjang sungai, mengorek, melebarkan sungai, menaik taraf sistem perparitan dan memasang pintu kawalan banjir.

“Bagaimanapun, sebagai penyele-saian jangka pendek, jabatan akan menjalankan projek ad-hoc untuk membersihkan longkang tersumbat supaya air dapat mengalir dengan lebih lancar ke dalam sungai memandang-kan masalah longkang tersumbat merupakan antara punca utama banjir,” katanya.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata demikian selepas menghadiri satu taklimat oleh JPS di sini pada Khamis. Beliau turut melawat kawasan yang terjejas oleh banjir dan mengagihkan bantuan banjir seperti makanan dan air kepada penduduk kampung.

“Masalah tidak terhad kepada infrastruktur sahaja. Kita kini mengalami perubahan iklim global, yang mengakibatkan hujan yang luar biasa termasuk di kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini.

“Kita perlu melakukan siasatan menyeluruh terhadap keadaan dan tingkah laku sungai, bukan sahaja di sini tetapi di semua daerah di Sabah, berhubung perubahan iklim global supaya kita boleh merancang apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan kesannya,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa alam semula jadi akan sentiasa mencari jalan untuk memulihkan dirinya dan malangnya, kebanyakan kerosakan yang berlaku kepada alam sekitar dilakukan oleh manusia.

“Apabila alam semula jadi menyembuhkan dirinya sendiri, ia boleh menjejaskan kita dengan cara yang membawa bencana,” katanya.

Beliau menasihatkan penduduk di kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada terutama pada musim monsun dan bersedia untuk berpindah secepat mungkin.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak membina rumah terlalu dekat dengan sungai kerana ia bukan sahaja berbahaya tetapi juga menyalahi undang-undang di bawah undang-undang tanah dan alam sekitar.

“Undang-undang rizab riparian harus dihormati dan bukannya diabaikan. Undang-undang itu dibuat untuk perlindungan kita sendiri, bukan kerana kerajaan tidak sensitif atau tidak bertimbang rasa,” katanya.

Selepas taklimat, Jeffrey menghadiri majlis perjumpaan dengan petani di Pitas yang ladangnya musnah akibat banjir. Sebanyak 44.65 hektar tanah ladang musnah mengakibatkan kerugian RM56,700.

Antara bantuan input pertanian yang diberikan kepada petani terjejas termasuklah baja, racun perosak dan penyembur.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.