Lagi Kes Curi Duit Tabung Surau Berlaku

22 Jan 2022 • 3:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pencuri

Nampaknya semakin banyak pula kes curi duit tabung masjid atau surau sekarang ni. Semua pelaku ini mungkin menanggap itu adalah tempat paling mudah untuk mendapatkan duit tanpa dikesan. Ada kes yang bernasib baik apabila ada letakkan CCTV dan berjaya merakam gerak geri pencuri.

Terbaru, kejadian curi duit tabung berlaku di sebuah surau di Taman Puteri, Kluang. Rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki mengambil duit dari tabung itu dipercayai berlaku pada 15 Januari lalu.

Difahamkan suspek masuk dan mengambil duit di dalam tabung surau. Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi 15 Januari lalu. Suspek menggunakan kenderaan jenis Proton Saga berwarna kelabu namun nombor pendaftarannya tidak pasti. – Kata Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng.

Boleh dipenjara sehingga 10 tahun jika bersalah

Kesalahan mencuri di mana-mana bangunan, khemah atau yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau simpan harta akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah boleh dipenjara 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya kaan dipenjara serta dikenakan denda atau sebat.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi IPD Kluang, 07-7784222.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved