Ernie Dipuji Vokal Mantap Masa SFMM36 Walau Sarat, Peminat ‘Throwback’ Ibu Sedara Masa AJL 1999

Entertainment
3 Jan 2022 • 1:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung mingu lalu telah berlangsung Muzik-muzik Separuh Akhir 36 sebelum beralih ke Anugerah Juara lagu 36 kelak, malah 12 lagu yang berjaya bakal ke AJL 36 nanti pun sudah diketahui.

Salah satu lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL 36 adalah lagu cipataan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh iaitu Boneka nyanyian Ernie Zakri.

Selain lagu, tidak dinafikan vokal dan alunan suara Ernie yang merdu  telah menambat hati penonton biarpun kini sedang sarat mengandung 7 bulan!

 

Ikut jejak langkah ibu saudara

Dengan persembahannya yang memukau, peminat anggap waktu AJL 36 nanti tidak perlu ada pengganti buat Ernie apabila melihat kemampuannya itu.

Melihat persembahan dan vokalnya yang mantap, ia membuatkan peminat mengimbau semula waktu semasa ibu saudaranya Ziana Zain berentap semasa berentap di AJL tahun 1999 dengan lagu Syurga Di Hati Kita dimana pada waktu ini, Ziana Zain dikatakan penyanyi pertama yang bertanding di pentas AJL sewaktu sedang sarat mengandung.

Bagaimanapun, ada peminat yang anggap Ziana Zain adalah pengganti terbaik untuk menyanyikan lagu Boneka untuk AJL 36 nanti, perkara itu mendapat sokongan kerana sebelum ini Ernie pernah duet lagu tersebut bersama Ziana Zain dan Misha Omar.

Untuk rekod, Ernie sebelum ini pernah memenangi vokal terbaik menerusi lagu Aku CInta dalam AJL 32 bersama Syamel dan Gundah dalam AJL 35 tahun lepas.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.