Pengurus pemasaran disyaki seleweng RM85,000

24 Jan 2022 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus pemasaran bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan bernilai RM85,000.

Menurut sumber, suspek yang juga lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas memberikan keterangan di Pejabat SPRM Johor Bahru di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari Isnin.

“Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasa sebagai pengurus pemasaran dengan menyeleweng wang bayaran bagi hasil jualan buah tandan segar sawit untuk kepentingan diri sendiri.

“Dia didakwa melakukan kesalahan itu di salah sebuah daerah pada tahun 2018 dan 2019,” katanya di sini pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved