“Saya Tak Pelihara Jin Atau Iblis” – Ivan Gunawan Bela Anak Patung Seperti Anak Sendiri

7 Jan 2022 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara dan pereka fesyen Indonesia, Ivan Gunawan tampil menafikan dakwaan kedua anak patung miliknya bukanlah boneka yang memiliki kuasa misitik.

Ivan memaklumkan layanan istimewa yang diberi kepada dua anak patung yang bernama Marvel dan Miracle itu adalah caranya melayan barangan kesayangannya.

Menurut laporan Liputan6, Ivan turut membandingkan dirinya dengan masyarakat di luar sana yang juga mempunyai barangan kesayangan sendiri.

Anak saya bukan anak syaitan. Tiada kena mengena dengan iblis, jin dan sebagainya.

Terdahulu, Ivan menjadi perhatian rata-rata netizen apabila membela dua anak patung itu yang dijaga seperti anaknya sendiri.

Setiap orang ada caranya untuk melayan sesuatu yang dia suka dan sayang. Ada juga yang suka bercakap dengan kereta atau motor mereka. Jadi, mungkin bukan saya sahaja yang gila.

Difahamkan, Ivan turut mencipta akaun Instagram khas untuk kedua-dua ‘anaknya’ itu.

Namun, ramai netizen yang mengaitkan patung tersebut ada kaitan dengan perkara mistik dan dikhuatiri boleh membawa kepada amalan syirik.

image is not available 5 jam lalu

"Lagu Sangkut, 'Cover' Album Tak Keluar" - Tuju K-Clique Kecewa Hasil Kerja Tak Seperti Diharapkan