Bela Anak Patung Dibenarkan Dalam Islam? Ini Jawapan Pendakwah Indonesia

7 Jan 2022 • 5:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini ramai selebriti Indonesia seperti Ivan Gunawan, Lucinta Luna, Celine Evangelista yang telah mendedahkan bahawa mereka mempunyai anak patung yang dikaitkan dengan roh mistik atau spirit doll.

Persoalannya, adakah menjaga spirit doll seperti anak sendiri dibenarkan dalam Islam?

Penjaga Institut Kemajuan Dakwah Ilsmiyah dan Pondok Pesantren Al Bahjah Cirebon, Kiai Haji Yahya Zainul Ma’arif atau lebih dikenali sebagai Buya Yahya tampil memberi penjelasan mengenai sprit doll kepada individu yang beragama Islam.

image is not available

Jangan ikut trend orang. Mereka yang mempunyai anak patung ada prinsip diri yang teguh.

Tambahnya lagi, tiada roh yang akan memasuki ke dalam anak patung tersebut. Namun, ia boleh mengundang makhluk halus seperti jin atau syaitan untuk berada di dalamnya.

Jadi tidak ada roh jahat atau roh anak kecil jahat masuk, tidak ada. Yang ada jin jahat atau syaitan yang terkutuk itu yang ada.

Jelas Buya Yahya, tidak perlu untuk berurusan dengan perkara seperti itu dan tidak perlu bina kepercayaan sesuatu yang tidak ada. Bahkan ianya sangat bahaya, kerana ia boleh membahayakan iman.

image is not available 20 jam lalu

“Saya Tak Pelihara Jin Atau Iblis” - Ivan Gunawan Bela Anak Patung Seperti Anak Sendiri