Sayang Punya Pasal, Lelaki Ini Buat Majlis Kenduri Untuk Anak Kucing Yang Baru Lahir

Entertainment
29 Jan 2022 • 11:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenduri aqiqah atau majlis tahnik memang sering dibuat untuk menyambut kelahiran bayi dalam kalangan masyarakat Islam dan Melayu. Masa ni lah semua ahli keluarga berkesempatan untuk tengok baby baru kan.

Tapi di Indonesia pula, seorang lelaki telah menganjurkan majlis kenduri untuk meraikan anak kucingnya yang baru lahir, lapor Tribun Jogja.

Majlis itu telah menarik perhatian netizen setelah video acara itu telah dikongsikan di TikTok baru-baru ini oleh riomaryono.

Majlis itu telah dianjurkan oleh lelaki yang dikenali sebagai Rio dan difahamkan, majlis itu lebih kurang sama dengan acara selapanan iaitu sebuah majlis untuk sambut bayi dalam tradisi Jawa.

image is not available

Namun, yang membezakannya ialah acara ini dibuat khas untuk meraikan anak kucing yang berusia sebulan, malah dalam majlis yang sama juga, anak kucing jantan itu telah diberikan nama iaitu Devon.

Menariknya lagi, pelbagai jenis makanan tradisional seperti nasi urap dan buah-buahan juga turut disediakan dalam majlis tersebut. Rio juga dikatakan telah menghabiskan lebih kurang 5 juta Rupiah (RM1,456) untuk majlis anak kucing itu.

image is not available

Rio berkata kepada Tribun News bahawa dia buat majlis tu untuk haiwan peliharaannya sebab dia dan keluarganya yang lain sangat menyayangi kucing-kucingnya itu.

Yang kelakarnya, jiran-jiran pada awalnya ingatkan ada majlis pertunangan di rumah lelaki ni, namun bila ditanya rupanya ia adalah majlis untuk anak kucing.

Untung kucing-kucing tu dapat tuan yang sayang macam ni sekali kat dorang kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.