
Kota Kinabalu: Dua lelaki tampil di Mahkamah Majistret pada Khamis, atas dakwaan menyerang isteri mereka menggunakan tali pinggang, batang besi, pengikat kabel dan parang.
Kedua-duanya meminta dibicarakan atas pertuduhan itu.
Jerry James Marcus, 37, didakwa menyerang isterinya menggunakan batang besi, parang dan pengikat kabel.
James, yang tampil di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun menerusi sidang video, dituduh melakukan jenayah itu ke atas seorang wanita berumur 34 tahun pukul 10 malam pada 1 Januari, di sebuah rumah di Kg Tenggiling, Manggatal.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Kesekaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua hukuman itu.
Inspektor Albert Basiri melakukan pendakwaan, mencadangkan tiada ikat jamin memandangkan mangsa adalah isteri tertuduh. Mahkamah menetapkan 17 Februari untuk pengakuan dan memerintahkan Jerry direman lanjut.
Sementara itu, Mohd Rozailee Mohd Rozlan @ Rizal mengaku tidak bersalah di hadapan Jessica atas dakwaan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang berumur 23 tahun pukul 4 petang pada 19 Disember, 2021 di sebuah rumah di Kg Ganang Kepayan.
Pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, isteri Rozailee, yang hadir di mahkamah, memaklumkan mahkamah bahawa dia berhasrat untuk menarik balik laporan kerana mereka mempunyai dua anak kecil.
Isteri itu berkata dia mahu menarik semula laporan secara sukarela tanpa paksaan daripada sesiapa.
Apabila ditanya mahkamah bagaimana dia dipukul, wanita berkenaan berkata Rozailee memukul belakangnya menggunakan tali pinggang.
Jessica menangguhkan kes kepada 17 Februari sementara menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Mahkamah menyambung ikat jamin yang dibenarkan ke atas Rozailee tetapi mahkamah boleh menariknya semula jika mahkamah mendapati dia mengulangi tindakan itu terhadap isterinya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

