“Seringgit lah!!!” – [VIDEO] Netizen Kongsi Rakaman Peminta Sedekah Kanak-kanak ‘Biadap’

Entertainment
4 Jan 2022 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak beberapa hari lepas, tular video memaparkan kelakuan kanak-kanak meminta sedekah dengan cara biadap di media sosial.

Malah ada yang kongsikan kejadian ini ketika mereka dihampiri oleh kanak-kanak tersebut semasa sedang berjalan.

 

“Seringgit lah!!!!!!”

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok ini, ada wanita merakamkan situasi ketika dia dihampiri oleh 2 orang kanak-kanak, seorang perempuan dan seorang lagi lelaki.

Dalam perkongsian itu, individu ini mengatakan bahawa bukan sekali dia didatangi oleh kanak-kanak tersebut tapi 2 kali dan rakaman yang dibuat ini merupakan kali kedua.

image is not available

Kanak-kanak perempuan tersebut diam apabila diberi amaran untuk tidak menganggu rakannya, namun muncul kelibat kanak-kanak yang seakan-akan orang yang sama dalam rakaman di atas jalan itu meminta wang sebanyak RM 1.

image is not available

image is not available

Dia dilihat seperti mendesak yang membuatkan rakan perakam ini bertegas, namun dibalas dengan cara kurang sopan sehinggakan meninggi suara dan menengking rakannya itu yang umurnya jauh lebih tua daripada kanak-kanak tersebut.

Selain rakaman ini, banyak lagi video tersebar memperlihatkan dirinya meminta derma dengan cara biadap, tapi kebanyakannya di atas jalan dan sudah semestinya ia membuatkan netizen marah dan geram apabila melihat gaya budak tersebut.

 

Kalau aku dapat ni – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not available

Malah, memandangkan kanak-kanak ini tular, ramai yang meminta pihak berkuasa untuk segera ambil tindakan.

Dalam masa 14 jam ia dimuat naik, video ini telah meraih lebih 1 juta tontonan, 130K likes, dan hampir 4,000 jumlah shares.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.