Gempar kereta terbakar

7 Jan 2022 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Suasana berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini gempar apabila sebuah kereta terbakar, pada malam Khamis.

Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan berjaya keluar dari kenderaannya.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam.

"Kejadian disedari pasukan kenderaan utiliti bomba yang kebetulan sedang membuat rondaan banjir di lokasi kejadian.

image is not available

"Pasukan itu segera memaklumkan kejadian kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Norazam, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam ke lokasi kejadian.

"Sepasukan anggota bomba terdiri daripada enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera tiba pada jam 11.39 malam.

"Kereta mangsa didapati terbakar kira-kira 50 peratus dan api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved