“Saya Mengaku Bawa Jemaah Tak Vaksin Ke Saudi” – Ustaz Abu Syafiq

11 Jan 2022 • 12:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita dimana terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang disahkan positif wabak yang melanda dan antara mereka ada yang tidak mengambil vaksin.

Rasanya semua dah tahu kalau nak menggembara ke luar negara dan sebagainya, individu tersebut haruslah lengkap vaksinasi agar risiko untuk dijangkiti wabak itu kurang. Tapi macam mana mereka ni boleh terlepas?

Walaupun lerkara terebut masih lagi disiasat, Ustaz Abu Syafiq ada membuat pengakuan di akaun Instagram miliknya bahawa dialah yang membawa jemaah tidak divaksin itu pergi ke tanah suci.

Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tak vaksin ke Saudi.

Ramai yang pelik macam mana Ustaz ni boleh lepas masuk ke Saudi sedangkan mengambil vaksin adalah perkara yang diwajibkan di negara kita. Apapun, kita tunggu pihak yang sepatutnya untuk menyiasat perkara ini.

Jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita semua dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti dan menjalani kehidupan seperti yang sebelumnya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved