“Mahal betul!”- Netizen Dedah Sijil Vaksin Dijual Dengan Harga RM2, 500?

LocalPolitics
7 Jan 2022 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular berita tentang 17 jemaah yang baru pulang dari umrah positif Covid-19 dengan varian Omicron tidak mendapat sebarang suntikan vaksin. Berita ini telah mengejutkan ramai orang kerana ketidakpatuhan SOP sebegini tak sepatutnya berlaku terutamanya ia melibatkan perjalanan ke luar negara.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pada sidang media di Parlimen semalam bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan sama ada mereka yang terlibat itu tidak menerima vaksinasi disebabkan faktor kesihatan atau memang tidak mahu divaksinasi.

Berdasarkan perkongsian data daripada 122 orang yang dijangkiti varian Omicron itu, 26 telah menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (1), Pfizer (57), Sinovac (6), penerima dos penggalak Pfizer (6) dan Sinovac (8), manakala 17 yang lain tak divaksinasi.

Berikutan isu ini, satu perkongsian telah tular di laman Twitter semalam berkaitan gambar screenshot perbualan daripada aplikasi Whatsapp yang mendakwa sijil vaksinasi secara haram dijual pada harga yang agak tidak masuk akal iaitu RM2,500.

image is not available

Perkongsian tersebut telah menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang penjualan sijil tersebut. Namun, ada juga segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut serta individu yang membeli sijil vaksin itu.

image is not available

 

Harap-harap isu ni sampai lah ke pihak yang bertanggungjawab supaya siasatan lebih lanjut dapat dijalankan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.