Pandu Sendiri Lori Hantar Bantuan Air, Orang Kedah Puji Muhammad Sanusi

24 Jan 2022 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sekali lagi meraih perhatian ramai apabila dilihat memandu sendiri lori menghantar bantuan air kepada rakyat yang terjejas.

Perkongsian video di laman Facebook Halaman Pas Kawasan Pendang memaparkan beliau memandu melalui jalan sempit ke kawasan kampung. Menerusi perkongsian gambar pula, beliau dilihat membantu penduduk mengisi air dari tangki di atas lori yang dibawanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakyat Kedah memuji kepimpinan Menteri Besar itu yang berjiwa rakyat. Ada yang berseloroh menyifatkan Muhammad Sanusi serba boleh di mana dia pernah memandu jentolak, bot dan kenderaan 4×4.

image is not available

image is not available

Sementara itu, Muhammad Sanusi menerusi satu hantaran menyatakan rasa simpati dengan masalah air dihadapi rakyat.

Katanya, SADA melalui Pengurusan Wilayah Kedah Timur dan Ibu Pejabat sedang usahakan penyelesaian.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.