
Nampaknya suntikan dos penggalak ke-3 masih tidak mencukupi untuk melawan ancaman varian Omicron yang melanda dunia ketika ini. Malaysia pula ketika ini sudah mula menerima beberapa kes melibatkan varian ini dan pihak KKM pastinya tidak akan berdiam.
Berdasarkan kenyataan dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kumpulan teknikal KKM ketika ini sedang mengkaji keperluan pemberian dos penggalak ke-4 kepada rakyat.
Selepas kajian, cadangan akan dikemukakan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sebelum kajian dimuktamadkan.
Terlalu awal untuk buat kesimpulan ini, namun kita tahu mengenai ujian ini (kajian mengenai dos jenis Pfizer kepada penerima suntikan jenis Sinovac yang tidak mencukupi dalam membendung penularan varian Omicron).
Varian Omicron di Malaysia sudah mencatatkan 64 kes setakat ini
Sepertimana negara2 lain, berkemungkinan besar gelombang Omicron akan mula di Malaysia. Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS, MySJ Trace & kawalan pintu masuk antarabangsa anatara langkah perlahankan penularan Omicron. https://t.co/QSQnIUG2Cx
— Khairy Jamaluddin(@Khairykj) January 2, 2022
Kredit: Sinar Harian
The post Pemberian Dos Penggalak Ke-4 Sedang Dikaji KKM Untuk Diberikan Kepada Rakyat appeared first on Oh! Media.



