Dos Lengkap Sinovac Dan Booster Pfizer Kurang Berkesan Terhadap Varian Omricon

Health & Fitness
3 Jan 2022 • 12:28 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Dilaporkan terdapat beberapa kumpulan penyelidik menyatakan varian Covid-19 Omicron adalah terlalu kuat sehinggakan dua dos vaksin Sinovac dengan dos penggalak vaksin Pfizer kurang berkesan terhadap varian tersebut..

Jelas pakar, gabungan dua vaksin tersebut menghasilkan tindak balas imun yang lebih rendah terhadap varian Omicron berbanding strain virus lain termasuk Delta.

image is not available

Kajian tersebut dilakukan oleh kumpulan penyelidik Yale University, Kementerian Kesihatan Republik Dominika dan badan berkaitan. Berdasarkan laporan yang ditulis oleh penyelidik tersebut, gabungan vaksin itu menghasilkan tindak balas antibodi mirip dua dos vaksin mRNA.

Tahap antibodi terhadap Omicron adalah enam kali ganda lebih rendah berbanding varian pertama.

Malah, antibodi yang dibentuk juga adalah dua kali ganda lebih rendah jika dibandingkan dengan varian Delta.

Sumber: Utusan