Tahun Baharu Cina, 80 Peratus Anggota JBPM Labuan Dikerah Bertugas 

27 Jan 2022 • 8:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismaidi (tengah) merasmikan program rondaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, di Labuan, hari ini.

LABUAN - Sejumlah 80 peratus anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan dikerah bertugas pada musim perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan. 

Pengarah JBPM Labuan, Ismaidi Ismail berkata, pihaknya perlu melaksanakan pemantauan keselamatan kebakaran dan rondaan di kawasan tumpuan orang awam sepanjang musim perayaan berkenaan.

Menurutnya, pemantauan itu dilaksanakan di premis perniagaan sekitar Labuan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin. 

" Di Labuan kita mempunyai empat buah balai dan kesemuanya berada dalam siap siaga untuk mendepani sebarang bencana," katanya kepada pemberita ketika merasmikan program rondaan sempena Tahun Baharu Cina, di sini hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya turut melaksanakan pemantauan keselamatan kebakaran di 17 premis dan kawasan perumahan, bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Dalam perkembangan lain, Ismaidi memaklumkan sebanyak 1,295 panggilan kecemasan telah direkodkan sepanjang tahun lepas. 

Katanya, ia membabitkan 130 panggilan kes kebakaran, 758 panggilan penyelamatan dan 406 panggilan tugas-tugas khas. 

"Jumlah keseluruhan kerugian harta benda akibat bencana pula berjumlah RM4.2 juta. 

"Statistik ini diharapkan mampu memberi pengajaran kepada orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan agar kes kebakaran ini dapat dielakkan," katanya. - Getaran, 27 Januari 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved