“Udah penasaran ni pak!” – Lepas 4 Tahun, Sekuel Pengabdi Setan Bakal Tayang Tahun Ni!

Entertainment
7 Jan 2022 • 3:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih ingat lagi dengan filem seram bertajuk Pengabdi Setan yang dilakonkan oleh salah seorang pelakon Malaysia, Bront Palarae?

Filem genre horror yang mendapat sambutan hangat di Indonesia dan Malaysia ini sebenarnya mempunyai ending yang buat ramai penonton tak puas hati sampai tertunggu-tunggu bila agaknya sekuel filem ni akan keluar.

Well, terbaru, pengarah filem ini, Joko Anwar menerusi Twitter telah memaklumkan sekuelnya, Pengabdi Setan 2 Communion bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ni.

Selain Joko, pengumuman tersebut juga dibuat Bront Palarae yang merupakan salah seorang daripada pelakon yang menonjol dalam filem ini.

 

“Tak sabarnyaaa!”

Berikutan pengumuman tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar-sabar mahu menonton filem tersebut kerana sudah lama menanti sekuelnya.

image is not available

Untuk pengetahuan korang, sekuel pertama filem ini telah ditonton lebih 4.2 juta penonton dan ia juga pernah dinobatkan sebagai filem seram terlaris di Indonesia pada 2017.

Pengabdi Setan mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ayah, ibu dan empat orang anaknya dalam kesusahan akibat ibu mereka sakit dan memerlukan wang yang banyak untuk rawatan.

image is not available

Lalu mereka sekeluarga kemudian menjual rumah dan berpindah ke rumah nenek di kampung. Selepas kematian si ibu, satu persatu kejadian seram mula terjadi.

So korang dah ready nak tengok? Jangan lupa bawa teman untuk tonton wayang sama-sama ye. Min tak berani tengok sorang-sorang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article