BlackBerry Akan Menamatkan Sokongan Aplikasi Android Pada Ogos 2022

TechnologyDigital
15 Jan 2022 • 10:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

BlackBerry pada awal tahun ini telah menamatkan sokongan untuk BlackBerry OS dan juga BlackBerry 10. Ketika itu, ramai beranggapan BlackBerry akan kekal menawarkan ciri menarik mereka melalui aplikasi Android yang sedia hadir bersama peranti-peranti Android keluaran mereka.

Namun, kini ternyata sebaliknya. BlackBerry telah mengemaskini halaman sokongan, sekaligus mengatakan akan menamatkan sokongan untuk aplikasi Android mereka yang aktif menjelang Ogos 2022 ini.

image is not available

Dengan pengumuman ini, aplikasi seperti BlackBerry Launcher, BlackBerry Keyboard, Privacy Shade, Password Keeper dan juga DTEK, akan ditamatkan pada 31 Ogos 2022 ini.

Hal ini sekaligus menjadikan peranti BlackBerry berasaskan Android tidak jauh beza daripada peranti Android lain – memandangkan tiada penawaran tambahan khusus yang menjadikannya eksklusif.

Pada masa yang sama, memandangkan ia sedia diacah peranti Blackberry baru akan hadir, maka ia mungkin sekadar telefon Android biasa yang menggunakan jenama Blackberry semata sahaja.