“Better stop” – Muatnaik Video ‘Bonding’, Netizen Minta Fasha Sandha Berhenti Lambung Anak

Entertainment
25 Jan 2022 • 1:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi ibu bekerjaya, dah tentulah momen yang paling dinanti-dinanti adalah bila pulang ke rumah dan bermain dengan anak. Tengok keletah anak terus hilang penat.

Sama juga dengan Fasha Sandha bila baru-baru ini dia telah memuat naik video menunjukkan dia bermain dengan anak bongsunya Aisha Amaira selepas pulang dari bekerja.

Bila korang tengok video dekat atas ni, boleh nampaklah keseronokan Aisha bila ibunya itu bermain dan lambung-lambung dia macam tu. Comel je terkekek-kekek ketawa.

Namun menerusi ruangan komen lain pula ceritanya, walaupun ada segelintir netizen yang suka dan geram melihat aksi anak bongsu Fasha ini, ada juga netizen yang menasihati pelakon ini agar hentikan perbuatan seperti itu.

Menurut rata-rata netizen, mereka meminta agar Fasha tidak lambung anaknya tinggi-tinggi seperti itu kerana bimbang kalau terlepas atau anaknya alami gegaran otak.

image is not available

Lambung anak boleh sebabkan gegaran otak

Sebelum ini, Dr Aishah Alsagoff pernah terangkan mengenai lambung anak ini. Menurutnya, aktiviti bonding seperti ini ada bahayanya lebih-lebih lagi dekat anak yang bawah 2 tahun.

Kanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak mempunyai otot leher yang kuat, jadi kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang dengan lebih. Inilah yang membawa kepada gegaran di otak.

Dan jika pergerakan itu laju, maka otak boleh melanggar dinding tempurung kepala dan menyebabkan pendarahan. Keadaan yang paling teruk adalah diffuse axonal injury, iaitu kerosakan pada saraf otak.”

LAMBUNG ANAK Lambung anak tinggi-tinggi, pastu tangkap balek, dan anak pun ketawa suka. Bapa-bapa mesti biasa buat…

Posted by Dr Aishah Alsagoff on Monday, October 9, 2017

Alamak ingatkan benda biasa, rupanya ada jugak risikonya eh? Okay takpe lepas ni dah tahu, so berpada-padalah…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.