Tuduh Aktivis Wanita Curi Bantuan Mangsa Banjir, Nabila Huda Bakal Disaman Fitnah

19 Jan 2022 • 9:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan juga personaliti TV, Nabila Huda khabarnya bakal berdepan tindakan undang-undang saman fitnah daripada seorang wanita yang juga aktivis kemasyarakatan.

Aktivis, Fatimah Zaharah Rahim mendakwa Nabila telah sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi Instagram dan Twitter sehingga menimbulkan fitnah dan salah faham terhadap dirinya.

Fatimah kemudiannya melantik barisan peguam yang terdiri daripada Datuk Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli bagi tujuan saman fitnah terhadap pengacara program hiburan Melodi itu.

Ujar Nurul Hafidzah, mereka akan meneliti dan mengkaji tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap pengacara itu.

Isu ini timbul selepas Nabila Huda memuat naik kenyataan yang menuduh anak guam saya mengambil bantuan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.

Perkongsian pelakon itu sudah menjadi viral dan menjejaskan reputasi anak guam saya.

Katanya lagi, Fatimah memandang serius penyebaran berita palsu dan fitnah yang terjadi di media sosial itu dan menganggap ianya sebagai satu sikap tidak bertanggungjawab tambahan status Nabila sebagai seorang selebriti dan mempunyai ramai pengikut.

Pada 25 Disember lalu, Nabila Huda telah mengkritik tindakan seorang aktivis wanita yang didakwa mengambil kesempatan terhadap bantuan yang disalurkan kepada orang ramai.

Perkongsian tersebut difahamkan telah dimuat naik di aplikasi Twitter dan menerima hampir ribuan ulang kicau dan komen, namun dipadam oleh Nabila tidak lama kemudian.

image is not available 1 minggu lalu

"Sepatutnya Sudah Mati Lama Dahulu.." - Nabila Huda Maklum Hidupnya Kini Lebih Bahagia Dan Gembira

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved