Tangan budak tersepit pada mesin penguli

13 Jan 2022 • 1:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TAIPING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila tangan kirinya tersepit pada mesin penguli tepung di Markas Pas Pintu Gerbang Sungai Petai, Bukit Gantang di sini pada Khamis.

Difahamkan mangsa bermain di kawasan mesin penguli tepung itu sehingga menyebabkan tangannya tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping bergegas di lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 pagi.

"Pasukan bertindak menggunakan peralatan khas untuk memotong besi penguli tepung.

Anggota mengambil masa selama hampir 12 minit untuk melepaskan tangan kanak -kanak terbabit.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan susulan.

Operasi tamat pada jam 8.58 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved