Menteri Pendidikan Arah Siasat Dakwaan Murid RMT Dapat Nasi Putih, Kuah

20 Jan 2022 • 10:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rmt

Di Facebook semalam, seorang wanita mendakwa cucu saudaranya yang merupakan penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) hanya dapat nasi kosong dan kuah sebagai juadah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan terkejut melihat foto yang disertakan. Takkan tak ada lauk langsung?

image is not available

Prihatin terhadap isu itu, Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengarahkan siasatan lanjut diambil untuk mengenalpasti sekolah terlibat.

Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat. KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.

Dalam hantaran Facebook pada Khamis, beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan hal-hal melibatkan kebajikan murid seperti ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.