Terbuka Australia: Barty mudah lepasi Bronzetti

19 Jan 2022 • 12:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Pemain nombor satu dunia, Ash Barty mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia pada Rabu, selepas mudah menewaskan pemain kelayakan dari Itali, Lucia Bronzetti 6-1, 6-1 di Rod Laver Arena.

Pilihan utama itu menamatkan set pertama dalam masa 25 minit sebelum dominan pada set kedua, bagi mengesahkan kemenangan dalam masa kurang sejam ke atas lawannya.

Bronzetti, pemain nombor 142 dunia, ternyata gagal menyaingi pemain tuan rumah berusia 25 tahun yang tampil dengan status juara Wimbledon dalam aksi di Melbourne tersebut.

Barty, yang berharap untuk menamatkan penantian Australia selama 44 tahun untuk juara wanita tempatan, akan berdepan seorang lagi pemain Itali di Camila Giorgi dengan juara bertahan Naomi Osaka berpotensi menunggu di pusingan keempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved