“Kira Vandalisme Dah Ni” – Lelaki Ini Dikecam Dakwa Cecair Mampu Jimat Minyak

12 Jan 2022 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki mendakwa cecair yang dimasukkan ketika mengisi minyak mampu menjimatkan serta menjaga prestasi enjin.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter, individu itu memilih untuk menggunakan petrol jenis RON 95 dengan menitiskan cecair bagi meningkatkan kualiti petrol yang setaraf dengan RON 97.

Video berdurasi satu minit dua saat itu turut memaparkan dakwaan lelaki itu bahawa tindakannya itu bagi penjimatan berganda di samping mengekalkan prestasi enjin.

image is not available

Tindakan lelaki itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan dia hanya merosakkan harta syarikat dengan percaya benda tahyul, malah bermain telefon ketika berada di stesen petrol.

“Dah 2022, masih percaya fuel booster. Sedih.” tulis seorang pengguna Twitter.

Malah, ada juga netizen yang menggesa syarikat minyak tersebut untuk ambil tindakan kepada lelaki tersebut.

“Harap pihak syarikat petrol pam itu ambil tindakan dekat dia ini, kira vandalisme dah ini. Naya dekat orang lain” tulis seorang lagi netizen.

image is not available 5 jam lalu

“Kami ‘Standby’ Kalau Diserbu” - Kebanyakan Peniaga Jadikan Pelitup Muka Sekadar ‘Aksesori’