[VIDEO] Lelaki Dikecam Sebab Titis ‘Cecair’ Dalam Nozel RON 95, Dakwa Boleh Tingkatkan Prestasi

Entertainment
11 Jan 2022 • 5:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dah masuk tahun 2022 ni nampaknya masih ada lagi yang percaya dengan perkara karut, sebelum ini ada seorang lelaki masukkan cecair kedalam nozel untuk isi minyak dan perkara itu nampaknya berulang kembali.

Seorang lelaki melakukan perkara tersebut dengan mendakwa bahawa kualiti dan prestasi petrol boleh meningkat.

 

“Walaupun kita berjimat, kualiti kena jaga”

Dalam video yang asalnya dimuatnaik di TikTok ini dikongsikan semula di Twitter, individu itu memilih untuk menggunakan petrol jenis RON 95, katanya, ia boleh meningkatkan kualiti petrol yang setaraf dengan RON 97.

Dakwa individu itu lagi, ia bertujuan untuk penjimatan berganda namun mendapat kualiti yang bagus. Lelaki tersebut menitiskan cecair kedalam muncung nozel sebelum dituang ke dalam tangki kereta.

Kelakuan lelaki itu telah mengundang kemarahan orang ramai kerana menitiskan cecair ke dalam nozel, serta dakwaan yang dianggap overclaim, malah tindakan merakam di stesen petrol juga turut dipertikai kerana mungkin boleh mandatangkan bahaya.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Hurm, tapikan kalau betul lah boleh jimat, min macma nak try at least murah sikit kos minyak nak balik kampung.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.