Demi Pegang Rekod Dunia, Ibu Ini Namakan Anak Dengan 1, 019 Huruf Dalam Sijil Kelahiran!

Entertainment
4 Jan 2022 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Min nak tanya korang, korang rasa nama terpanjang yang korang pernah dengar selama hidup korang sekarang ni cukup panjang tak? Kalau korang rasa cukup, agak-agak boleh lawan tak dengan nama ni kat bawah ni?

Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarnaerenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenvaunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzadawnefriendsettajessicanneesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaundrieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandalecciannereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriettaescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemerciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavernellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionnemiariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentescacraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtawndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohnyaetheodoradilcyana.

Panjang kan? Sandra Williams daripada Texas, America Syarikat ini telah menamakan anak perempuannya dengan nama paling panjang di dunia! Ia juga telah membuatkan sijil kelahirannya sepanjang dua kaki (0.6) meter!

image is not available

Anak perempuan yang dilahirkan pada 12 September 1984 itu pada awalnya didaftarkan dengan nama Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams pada sijil kelahirannya. Namun, setelah merasakan nama itu tidak cukup panjang, tiga minggu selepas itu mereka menukar nama anak perempuan mereka dengan lebih panjang, iaitu dengan 1,019 huruf.

Ketika anak perempuannya berusia 12 tahun, ibunya ada menjelaskan keputusan untuk memberikan nama yang cukup panjang itu kepada Oprah pada tahun 1997.

“Saya kena buat sesuatu untuk pecahkan Rekod Dunia Guinness. Jadi, saya kena pastikan nama anak saya unik. Saya tak nak nama dia sama dengan nama orang lain. Nama dia mesti berbeza dan mesti ada dalam Rekod Dunia Guinness,” kata Sandra.

Selepas kejadian anak perempuan ini, Texas terus menukar undang-undang kepada nama anak hanya boleh diberi muat-muat kotak ‘nama’ dalam borang sijil kelahiran sahaja.

Dikatakan ibunya mengambil masa selama enam tahun untuk menamakan anaknya itu yang menggabungkan nama filem, kereta dan saudara-mara.

Tapi, korang mesti tertanya-tanya macam mana nak panggil nama dia ni kan? Dalam panjang-panjang tu sebenarnya orang panggil dia Jamie je!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.