Minat Pokemon? Korang Kena Datang Ke Taman Permainan Unik Tema Pokémon Ini

16 Jan 2022 • 2:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anda peminat Pokemon dari kecil dan suka main game Pokemon Go? Ha, cuba korang melancong ke Jepun pula sebab baru-baru ini, negara itu baru sahaja buka taman permainan kanak-kanak bertemakan Chansey Pokemon di sana!

Menurut Nerdist, taman permainan tersebut terletak di bandar Namie, Fukushima, Jepun dan menerusi gambar-gambar yang tersebar di media sosial, tempat bermain untuk kanak-kanak itu dipenuhi dengan warna merah jambu bersempena karakter Chansey dalam Pokemon.

Selain itu, ada papan gelongsor tema Chansey yang sangat besar dan ia dijangka akan menarik perhatian kanak-kanak dengan mudah.

image is not available

Selain itu, taman itu turut mempunyai Pikachu yang menghiasi kerusi taman. Paling menarik, ia juga dilengkapi dengan papan gelongsor berbentuk lidah Lickitung tau. Memang cantik dan sesuai dijadikan tempat bergambar ni.

image is not available

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada taman ini hanya dibuka untuk kanak-kanak sahaja atau orang dewasa pun boleh main sama.

Apa-apa pun, boleh masukkan tempat ni dalam itinerary korang kalau ke Jepun nanti. Teringin pulak rasanya nak jadi kanak-kanak balik kan.

Sumber: Nerdist

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.