
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program Pengumpulan Data Khas Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin di Sabah mulai 3 Februari hingga 2 Ogos tahun ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata program itu menyasarkan majikan yang mempunyai pekerja asing yang sah dan tidak sah, serta warga asing dan bukan pemastautin yang berada di Sabah sehingga kini.

