7 Terbunuh Selepas Bongkah Batu Tiba-tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong

9 Jan 2022 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tujuh maut, tiga hilang dan sembilan yang lain cedera dalam satu kejadian serpihan bongkah batu runtuh di bawah air terjun di Brazil baru-baru ini.

Bongkah batu itu tiba-tiba pecah dari dinding ngarai dan telah menimpa beberapa bot pelancong hingga menyebabkan ombak besar di Tasik Furnas di Capitolio, Brazil.

image is not available

Memetik laporan Khaleej Times, pasukan penyelamat dan anggota Tentera Laut Brazil bergegas ke lokasi kejadian selepas diberitahu dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

image is not available

Video kejadian yang dikongsi di media sosial juga menunjukkan detik-detik cemas kejadian apabila pelancong menjerit ketakutan. Korang boleh tengok video oleh yang dikongsikan oleh @auron83591234 di bawah.

image is not available

Pihak berkuasa Brazil percaya, kejadian yang berlaku itu adalah akibat pergerakan tanah yang berpunca daripada hujan lebat selama dua minggu sebelum kejadian itu berlaku.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.