Sepatutnya Mula Februari Ini, TM Tangguh Ujian Rangkaian 5G?

Digital
18 Jan 2022 • 9:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rangkaian 5g

Sebelum ini pihak Telekom Malaysia memaklumkan akan memulakan ujian rangkaian 5G untuk pengguna Unifi Mobile pada Februari 2022. Bagaimanapun, semua ini dilaporkan tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

image is not available

Memetik laporan Amanz, TM memaklumkan mereka tidak boleh memberikan masa yang tepat bila ujian terus kepada pengguna akan dijalankan.

Walaupun tarikh ujian tidak dikeluarkan, pihak TM memberi jaminan bahawa rangkaian 5G akan diberikan tidak lama lagi selepas mereka berpuas hati dengan ujian dalaman yang dijalankan.

Setakat ini, hanya pitak YTL sahaja yang telah berjaya menawarkan rangkaian 5G di beberapa kawasan tumpuan seperti Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya. Pihak YTL menggunakan infrastruktur DNB dan mereka menjanjikan kelajuan internet minima 100Mbps.

Kredit: Amanz

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.