“Muka bapak dah cuak” – [VIDEO] Netizen Berdekah Tengok Anak Kantoikan Ayah ‘Gatal’

Entertainment
3 Jan 2022 • 2:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak-anak ni memang jujur dan tak pandai nak menipu. Jadi bila kita tanya dorang soalan, selalunya jawapan yang diberikan 99% ada betulnya. Setuju tak?

Baru-baru ni, satu video yang dimuat naik di TikTok telah viral. Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang bapa kelihatan baru pulang dari keluar bersama anak-anaknya.

Bila tiba di rumah, ibu kepada anak ini telah bertanya sama ada bapanya itu ada ‘menggatal’ atau tak tadi.

Muiz, keluar tadi ayah ada menggatal tak?”

image is not available

Jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut ternyata mengejutkan bapanya yang baru hendak turun dari motosikalnya.

Ada…” Ah sudahhhh

Dapat dilihat reaksi bapanya ini memang dah cuak habis dengar jawapan dari anaknya, sebelum kanak-kanak jujur ini menambah…

Tapi Muiz dah garukan kat belakang ni.”

Ahh nasib baik! Selepas mendengar jawapan penuh dari anak lelakinya ini, korang dapat tengok sendiri macam mana leganya muka bapa Muiz ni. Hahahaha sib baik kau bang….

“Anak dia bagi senaman jantung dekat ayah”

Rata-rata netizen yang melihat video ini memang berdekah tengok reaksi ayahnya ini. Ada juga yang memuji tindakan Muiz yang cepat cover balik.

image is not available

Aduiii, nasib baiklah tak jadi perang dunia ketiga. Buat hal betul Muiz ni!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.